Monday, November 3, 2008

Sarawak: Bajet 2009 adalah Bajet Pembangunan

Bajet yang bakal dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini adalah bajet yang lebih menumpukan kepada pembangunan. Senamyak 70% adalah untuk pembangunan dan 30% adalah untuk perbelanjaan pengurusan. Bajet ini diharap akan dapat menjana lagi pertumbuhan ekonomi Sarawak supaya rakyat dapat melihat sendiri pembangunan yang akan tumbuh. Ia sejajar dengan idelogi politik pembangunan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasioanl di Sarawak.

Sunday, November 2, 2008

Zaid tidak faham konsep ketuanan Melayu

Oleh ABDUL YAZID ALIAS

SHAH ALAM 1 Nov. - Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib membidas kenyataan Senator Datuk Zaid Ibrahim bahawa konsep ketuanan Melayu bukan sahaja gagal malah membawa keburukan kepada bangsa itu di negara ini.

Beliau menyifatkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tidak faham dengan konsep berkenaan selain melihat daripada sudut yang sempit dan retorik semata-mata.

Menurutnya konsep ketuanan Melayu tidak harus disalahtafsirkan sebagai satu slogan semata-mata sebaliknya ia merupakan satu usaha untuk meningkatkan taraf serta maruah orang Melayu selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan berhubung hak keistimewaan orang Melayu.

"Ketuanan Melayu wujud bersama-sama program pelaksanaan sebagai salah satu usaha untuk meletakkan kedudukan orang Melayu menjadi satu bangsa yang berdaya maju, positif serta mempunyai kualiti bukannya slogan atau laungan semata-mata.

"Saya fikir, tak payah kita buat laungan ketuanan Melayu sekiranya anak Melayu tidak ada kekuatan dalam ilmu, ekonomi dan tidak mampu menguasai bidang apa sekalipun kerana ia akan menjadikan ketuanan Melayu itu dilihat sebagai retorik.

"Yang penting, bagaimana anggota masyarakat memainkan peranan termasuk mendidik generasi mereka sebaik-baiknya mengikut Perkara 153 Peruntukan Perlembagaan mengenai hak istimewa orang Melayu," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Bekas Pengawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Selangor di sini hari ini.

Muhammad berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Zaid semalam yang mendakwa konsep ketuanan Melayu adalah satu kegagalan yang membawa keburukan kepada kaum itu.

Malah, beliau menyifatkan konsep itu juga telah menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar negara ini.

Selain itu, Zaid yang pernah dikritik kerana membantah tindakan kerajaan menahan tiga individu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum ini turut mengatakan konsep ketuanan Melayu juga menyebabkan kaum itu hilang pertimbangan berkaitan dengan kesamarataan hak dan keadilan di negara ini

Saturday, November 1, 2008

PBB bukan pembuli.

Ketua Menteri telah menyangkal sekeras-kerasnya kenyataan bahawa PBB adalah pembuli. Ini adalah kenyataan yang tidak berasas dan hanya bersifat individu dan bukanya kenyataan Parti PRS. Masyarakat seharusnya sedar bahawa semua kaum yang tinggal di Sarawak telah di beri peluang dan ruang untuk terus menikmati pembangunan. Isu pembahagian kawasan Parti adalah isu yang kecil dan tidak harus di besar-besarkan. Toleransi anatara parti adalah penting untuk meningkatkan perpaduan kaum.

Harga Minyak Turun Lagi.

Ini membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional adalah benar dan telus. Tidak seperti pihak pembangkang yang hanya tahu menabur janji tetapi tidak dapat menunaikannya. Kerajaan telah mengumumkan bahawa harga minyak dipam telah diturunkan sebanyak RM0.15 sen seliter. Ini adalah hadiah kerajaan untuk rakyat Malaysia bagi bersama-sama mengharungi kemelut krisis kewangan global dunia. Syabas Kerajaan Barisan Nasional.....

Pak Lah Serah Kuasa kepada Najib selepas perhimpunan

KUALA LUMPUR 31 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau akan menyerahkan tugas-tugas Perdana Menteri kepada penggantinya beberapa hari selepas berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO yang ditetapkan pada 24 hingga 28 Mac depan.

Menurut Perdana Menteri, beliau memerlukan sedikit masa selepas perhimpunan tersebut untuk menyelesaikan beberapa perkara yang perlu sebelum menyerahkan jawatannya itu.

“Berilah beberapa hari selepas perhimpunan, ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan nanti,” katanya yang juga Presiden UMNO selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini hari ini.

Mengikut trend pencalonan semasa, Timbalan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadi calon tunggal bertanding jawatan Presiden yang dilepaskan oleh Abdullah selaras dengan pelan peralihan kuasa UMNO.

Najib setakat ini memperoleh 104 pencalonan dengan 87 lagi UMNO bahagian akan bersidang sehingga tarikh akhir 9 November ini.

Mengulas lanjut mengenai tarikh Perhimpunan Agung UMNO itu, Abdullah berkata, MT telah memutuskan bahawa ia akan tetap berlangsung pada Mac depan seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.

“Cadangan untuk menangguhkan mesyuarat tahun ini kepada tahun hadapan adalah satu cadangan lama,” katanya.

Berikutan keputusan itu, katanya, UMNO bahagian yang telah bermesyuarat diminta menghantar laporan kepada ibu pejabat parti sebelum perhimpunan agung bermula.

Dalam pada itu, Abdullah berkata, mesyuarat MT hari ini tidak membincangkan cadangan debat seperti yang dikemukakan oleh calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

“Soal debat tidak dibincangkan langsung,” katanya.

Khairy yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO mencadangkan agar debat diadakan antara semua calon yang bertanding merebut jawatan ketua pergerakan itu.

Cadangan beliau itu mendapat reaksi yang berbeza di kalangan pemimpin UMNO dan calon-calon yang bertanding.

Razak Baginda Bebas


Abdul Razak Baginda diiring isterinya, Mazlinda Makhzan dan anak mereka, Roweena selepas beliau dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya Shaariibuu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 31 Okt. – Penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini tanpa dipanggil membela diri atas tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu selepas perbicaraan berlangsung selama 151 hari.

Hakim Datuk Mohd. Zaki Md Yasin memutuskan membebaskan Abdul Razak, 48, setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.

Beliau juga menerima kandungan afidavit yang diikrarkan oleh Abdul Razak yang telah dikemukakan sebagai bukti pada perbicaraan.

Bagaimanapun, Hakim Mohd. Zaki memerintahkan dua tertuduh utama, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, membela diri atas tuduhan membunuh Altantuya.

* Mahkamah Tinggi Shah Alam akan mendengar keterangan bela diri Azilah dan Sirul Azhar mulai 10 November depan.

* Pihak pendakwaan akan mempertimbangkan untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan membebaskan Abdul Razak. Peguam pemerhati keluarga Altantuya dan kerajaan Mongolia, Karpal Singh akan menghantar surat kepada Peguam Negara agar memfailkan rayuan tersebut.

* Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili Sirul Azhar Umar memaklumkan Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa pihaknya bercadang memanggil pengendali laman blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang kini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai saksi.

* Mahkamah menerima keterangan Lans Koperal Rohaniza Roslan dan Deputi Supritendan Mohd. Yusri Hassan Basri yang kebolehpercayaan mereka dicabar oleh pasukan pendakwaan setelah mereka dikatakan memberi keterangan bercanggah

Thursday, October 30, 2008

Masyarakat "Siber" Agen Perubahan

Masyarakat Siber merupakan masyarakat yang tediri daripada golongan pelajar, golongan cendiakiawan, golongan intelektual dan juga golongan belia. Selepas pilihanraya umum ke-12 masyarakat ini semakin menonjol dan suara-suara mereka begitu lantang mengkritik kerajaan. Mereka mahukan perubahan dan anjakan pradigma dalam cara pentadbiran. Pihak kerajaan seharusnya mebudayakan cara pemerintahan yang librel dan boleh menerima kritikan daripada rakyat. Pihak kerajaan seharusnya pandai dalam memikat hati masyarakat ini agar mereka terus menyokong kerajaan yang ada. Cara pemikiran dan pendekatan masyarakat ini seharusnya di nilai dan diterima dalam sistem pentadbiran.